Tuesday, May 24, 2011

Tabung ANCUTOAYMO

Kepada Seluruh ANCUTOAYMO

Jawatankuasa ANCUTOAYMO telah dicadangkan di FB . Survey telah dikeluarkan. Terletak kepada komitmen semua untuk merealisasikan perkara ini. Cepat respon perkara ini, cepatlah perancangan ini menjadi kenyataan.

Sunday, May 15, 2011

TAHNIAH Masuk U - ANCUTOAYMO

TAHNIAH kepada semua yang nak masuk asasi/matrik/u. Allah dah kabulkan hajat semua. penat lelah berjaga malam mentelaah pelajaran telah berhasil nampaknya mengikut kadar dan rezeki yang Allah tentukan. Cuma seperkara nak ingatkan, walau di mana sahaja berada, solat berjemaah jangan diambil ringan. Kehebatan, kejayaan dan kemuliaan semua adalah terletak pada solat. Pesan Ust ShihabudinMuhaimin:
1. jangan tinggal solat 5 waktu
2. kalau sudah solat, pastikan berjemaah dan awal waktu
3. jangan lupa solat sunat rawatib (Sebelum dam sesuadah solat fardhu)
4. cuba tunaikan solat dhuha (waktunya 30 minit selepas matahari naik dan 30 minit
sebelum matahari tergelincir)

Sekian, seadanya.

Tuesday, May 4, 2010

Peringatan Sumbangan Surau Tok Wan Dir

Wahai orang-orang Berangan ... Kalian telah berjanji ..... Akan memasukkan wang sumbangan ke dalam Tabung pembangunan surau. Berapa orang yang sudah berbuat sekarang: Berapa ramai yang belum, berapa ramai yang mengalami masalah, berapa ramai yang tidak mampu menyumbang, barapa ramai yang merokok, Semuanya untuk kta fikir-fikirkan.